Saturday, June 28

Ramadhan tiba ..


  Yahh .. Assalamualaikum semua . Haiii . Fuhh berhabuk da blog ni . x update sebab blog ni tgh renovate . Haha ni la saat aku tunggu nk update . Kalau sebelum  ni aku x tau nak tulis apa . Tapi kali ni nahh belambak dlm otak ni . Hehe . Tadi masa on the way nak balik rumah lepas pekena KAMBING n Rusa kot dekat kedai makan Gulai 7 Kawah . Pehh sedap kot . Tapi masa tu perut aku dh penuh sbb diisi nasi pagi tadi . Huh .. so aku makan sikit ja . Eh dh larut dh ni . Okey2 straight to the point . Masa otw tu . Adek aku cakap ' Balik ni nak makan banyak2 sbb esok dah puasa .' Tu diiaaa . Lepas tu abah aku tanya ' buat apa mkn byk2 ?' . ' Ala esok kan puasa takut lapaq la ' . And then ' Kalau kita puasa kerana Allah ni x akan penat punya . Insyalah Dia permudahkan . x yah makan byk2 . Mesti x lapar . ' Fuhh berjela Abah ceramah . Sebenarnya banyak lagi .. Hehe


  Tu la kalau kita niat kerana Allah , Insyaallah Dia permudahkan . Macam kalau kita nak pergi solat tarawih , kalau kita niat fisabilillah garenti kita akan pegi punya sbb kita tahu ganjaran dia . Kalau kita fikir alah buat penat ja . Memang penat la . Kalau kita menghayati . Insyaallah dapat . Allah tu maha pendengar . Minta je apa2 insyallah dia bagi tapi lambat atau cepat ja . Kena  bersabar . ^_^ Smile . Ramadhan ni bulan yg sgt spesiall tahu ? Sbb pahala berganda waoo . Kalau kita baca quran satu huruf dah dapat banyak pahala . Satu huruf je kawan2 . Wah baikkan Allah . Hhaaaaaa 


 Malam ni malam first aku solat terawih bagi bulan ni la . Tadi ad ceramah . Ustaz tu cakap kita semangat bulan puasa . Kalau kita puasa sebab org lain puasa biar x payah . Puasa kerana Allah .

  Nabi saw berkata ' Jangan lah kamu menjadi orang yg celaka dimana datangnya bulan ramadhan dan bulan itu pergi begitu sahaja ' . Maksud celaka kat cini ialah RUGI . Nak ke kita jadi org mcm tu ? Bulan puasa ni la masanya untuk kita buat benda baik , minta ampun , bertaubat . Ingat ye pintu taubat dibuka . Jom sama2 buat ibadah . 


     Sila check list ..





"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa (Q.S al-Baqoroh:183).
  

  "… dan bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya (Q.S alBaqoroh:189, Ali Imran:130, Ali Imran:200)

  Selamat Berpuasa . ^_^